RSS

Dari DRACHMA ke DIRHAM

28 Apr

 

Drachma, (pl. drachmas / drachmae) adalah matawang Yunani kuno sepanjang sejarah penggunaannya dari zaman negara kota era Klasikal (Sebelum Masihi) ketika hingga pasca era jajahan Empayar Yunani Hellenistik warisan Iskandar yang Agung (Alexander the Great) dan kerajaan Asia Barat (empayar Parsi Seleucid, Parthia & akhirnya Sassanid / Sassaniyah).

 

Nama drachma mula digunakan sebagai matawang seawal era Yunani Mycenean dari 1100 Sebelum Masihi. Ia digunakan meluas sepanjang ketamadunan Yunani kuno & diwarisi Empayar Romawi & Empayar Parsi. Dahulunya, matawang Yunani kuno jarang mempunyai nama rasmi kerana setiap negara kota Yunani (contoh; Athens, Thrace, Sparta dll) akan mengeluarkan matawang perak berbeza. Menjelang kurun ke 5 Sebelum Masihi, matawang negara kota Athens iaitu syiling tetradrachm (“4 drachma”) diperkenalkan & drachma negara kota Corinthian pula paling banyak digunakan sepanjang era ketamadunan Yunani hingga zaman Iskandar Agung.

 

Setelah perluasan Empayar Yunani Hellenistik di bawah Iskandar Agung, terma drachma digunakan meluas di jajahan wilayah Yunani Hellenistik di Timur Tengah, terutama Dinasti Ptolemy di Iskandariah, Mesir.

 

Nama dirham adalah gelaran bangsa Arab pada matawang syiling perak yang digunapakai Empayar Parsi Sassaniyah & Romawi Timur Baizentin. Terma ini berasal dari drachma atau didrachm (δίδραχμον, 2 drachmae); nama dirham merupakan pelat Arab kepada drachma. Terma Dirham kemudian digunakai secara meluas pada era Arab Jahiliyyah hingga zaman Daulah Islamiyyah.

 

Pengenalan

 

Dirham atau dirhem (درهم) berasal dari matawang Yunani drachma / didrachm (2 drachmae). Dikenali oleh orang Romawi sebagai drachm, dirham digunakan meluas di Maghreb (Afrika Utara), Timur Tengah, & Parsi.

 

Perkataan “dirham” mula dikenali berasal dari syiling Yunani, Drachma (δραχμή). Empayar Romawi Baizentin Timur yang rata2 rakyatnya berbangsa Yunani & bermazhab Nasrani Ortodoks (berbeza dengan Empayar Romawi Barat yang rata2 berbangsa Romawi & Nasara Katolik – Empayar ini runtuh diserang puak gasar manakala Romawi Baizentin Timur terus berkembang & meneruskan legasi Empayar Rom) menguasai wilayah Levant (As-Syams) & berdagang dengan Jazirah Arab (Hejaz). Hasil perdagangan 2 hala, sama ada melalui As-Syams, Mesir, Habsyah ke Semenanjung Arab telah memperkenalkan penggunaan syiling perak Drachma yang digunapakai sejak zaman Arab Jahiliyyah hingga era Daulah Khulaffak ur Rashiddin & Khulaffak Banu Umayyah.

 

Sejarah dirham bermula dengan penggunaan Dirham versi Parsi Sassaniyyah era Yazdegerd III, ditempa semula pada zaman Khalifah Uthman ibn Affan di era Khluffak ur Rashiddin. Syiling emas & perak pada era ini tidak banyak berbeza rekabentuk dengan matawang Parsi, hanya ada tambahan kalimah ‘Basmalah’. Siri dirham seterusnya pula ditempa berdasarkan siri syiling perak Parsi Sassaniyyah drachma Khosrau II, yang paling banyak digunakan ketika itu.

 

Siri dirham di zaman Khulaffak ur Rashiddin seterusnya menyaksikan versi tempaan berdasar drachma Khosrau II tetapi perkataan Khosrau (Kisra Parsi Sassaniyyah) digantikan dengan nama Khal;ifah atau gabenor Muslim. Bukti sejarah menjelaskan siri dirham ini ditempa mempunyai tarikh Hijrah walaupun versi terawal tiada diletakkan tarikh. Namun begitu, versi terkemudian dengan tarikh Hijrah tertera dipercayai dikeluarkan pada zaman Khalifah Ali ibn Abi Talib.

 

Dirham Pertama

 

Menjelang tahun 75 Hijrah / 695 Masihi Khalifah Abd al-Malik Ibn Marwan telah memperkenalkan matawang dirham yang lebih seragam untuk kegunaan ummat Islam. Versi awal dirham bercirikan rekabentuk syiling perak Parsi Sassaniyyah dengan pengaruh Arab dengan berat 3.5 – 4.0 gram. Namun begitu pada 79 Hijrah / 698 Masihi satu siri dirham yang baru ditempa dengan berat baru 2.975 gram.

Matawang dirham inilah yang menjadi piawai bagi semua versi dirham terkemudian. Dirham ditempa & digunakan secara meluas di wilayah2 berhampiran Mediterranean termasuk ketika perluasan wilayah Khulaffak Umayyah Al-Andalus dari Maghreb ke Sepanyol & wilayah sempadan Empayar Baizentin. Dirham perak Daulah Islamiyyah juga digunakan sebagai matawang di Eropah menjelang kurun 10 hingga kurun ke 12 terutamanya kawasan yang mempunyai pengaruh Viking hingga ke York, Britain & sejauh Dublin, Ireland.

 

SUMBER: http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=73&t=271

 

 
Leave a comment

Posted by on April 28, 2012 in Uncategorized

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: