RSS

Dari DENARIUS ke DINAR

28 Apr

Pengenalan

Dinar (Arab: ﺩﻳﻨﺎﺭ‎) adalah syiling emas yang diperkenalkan oleh Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan pada 77 Hijrah (696-7 Masihi). Nama dinar berasal dari matawang Romawi, denarius. Berat 1 dinar bersamaan 1 mithqal (4.25 gram).

Terdapat arahan agar syiling emas Romawi Baizentin Timur tidak boleh digunakan diluar wilayah kekuasaan Empayar Baizentin disebabkan konflik peperangan antara Daulah Islamiyyah Khulaffak ur Rashiddin yang berlanjutan hingga ke era Khulaffak Banu Umayyah. Dinar emas pada ketika itu pula adalah versi dinar berdasar rekabentuk syiling emas Parsi Sassaniyyah. Namun begitu, syiling dinar emas di era Khulaffak Banu Umayyah mula menampakkan ciri-ciri syiling emas Baizentin keluaran Maharaja Heraclius. Ini disebabkan aktiviti perdagangan si persempadanan wilayah kedua2 Empayar.

Pada akhir kurun ke 7 Masihi, siri Dinar emas berdasarkan versi denarius yang digunapakai pakai sehingga zaman Khalifah Abd al-Malik ibn Marwan (685-705 CE) telah ditamatkan. Khalifah yang menguasai pengeluaran emas di Mesir telah mengambil langkah menyeragamkan Dinar emas yang diguna di semua wilayah Islam, siri2 dinar versi Parsi Yazdegerd & Khosrau serta Dinar emas versi denarius Heraclius dihentikan penggunaannya & wajib ditukar ke versi Dinar emas yang rasmi.

Dinar Pertama 

Siri Dinar emas pertama ditempa dengan berat piawai 4.25 gram bersamaan 1 mithqal. Dikeluarkan atas arahan Khalifah Malik Ibn Marwan, Dinar siri ini lebih seragam, namun masih mengekalkan ciri2 denarius Heraclius berbanding ciri2 versi lama Dinar bersandarkan rekabentuk syiling Parsi.

Versi inilah yang menjadi piawai bagi setiap keluaran dinar terkemudian. Berat bersamaan 1 mithqal (4.25 gram), ia digunakan untuk menyaingi matawang syiling emas solidii (masih dikenali sebagai denarius) milik kerajaan Baizentin. Ini kerana berat dinar Islami sama dengan berat denarius Baizentin ketika itu. Kawalan kualiti berat 1 mithqal per dinar & pengeluaran Dinar Islami yang pertama ini oleh pemerintah Islam dibuktikan dengan penemuan penimbang yang diperbuat dari kaca yang banyak ditemui di Mesir.

Malahan, rekabentuk Dinar emas tidak banyak berubah dalam tempoh lebih 500 tahun sehingga tertumbangnya Khulaffak bani Abbasiyyah di tangan gerombolan Mongol.

Keistimewaan Dinar emas pertama ini terbukti diperakui kerajaan-kerajaan Eropah pada era Kegelapan, hinggakan dinar Islami adalah matawang standard untuk perdagangan dalam & luar negeri pada ketika itu selain syiling emas Baizentin.

Dinar Raja Offa


Pada abad ke 8 Masihi, pemerintah negeri Mercia di Britain iaitu Raja Offa telah menempa dinar emas yang ditiru Dinar Islami Khulaffak Abbasiyyah (mengekalkan rekabentuk siri Dinar emas Khalifah Malik di era Umayyah) keluaran Khalifah Al-Mansur pada 774 Masihi.

Raja Offa dari Mercia menempa syiling emasnya bertujuan atas tujuan perdagangan dengan Daulah Umayyah Al-Andalus pada ketika itu.

Dinar Kerajaan Salib Jerusalem / Denier zaman Pertengahan Eropah

Pada zaman kegelapan & Pertengahan feudal Eropah ketika era Perang Salib, matawang Dinar Daulah Islamiyyah adalah matawang yang menguasai perdagangan di benua Eropah yang berdagang dengan dunia timur. Maka tidak hairanlah, beberapa kerajaan feudal Eropah menempa syiling emas dipanggil Denier (berasal ‘Dinar’ ) manakala Kerajaan Salibi Jerusalem (Baitul Muqaddis / sebahagian Syam yang diperintah / dijajah taklukan tentera Salib sebelum era Salahuddin Al-Ayyubi) pula meniru tempaan Dinar Daulah Islamiyyah yang dikeluarkan kerajaan Islam Bani Abbasiyyah.

Berikutan kemarahan & rungutan dari pihak Gereja, akhirnya syiling emas / Denier mula ditempa baru dengan rekaan bersulam Kristianisasi mulai tahun 1250, tetapi masih dipengaruhi rekabentuk Dinar Daulah Islamiyyah.

Kiri: Denier Eropah. Tengah: Syiling Emas Kerajaan Salibi Jerusalem yang ditiru dari Dinar. Kanan: Syiling Emas yang ditempa baru pada tahun 1250, dengan simbol Kristianisasi menggantikan yang lama setelah mendapat rungutan pihak Gereja. Namun begitu, perhatikan syiling baru masih mengekalkan ciri2 Dinar Islami walaupun hanya simbol salib ditambah.

SUMBER: http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=73&t=271

 
Leave a comment

Posted by on April 28, 2012 in Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: